Khamis, 6 Februari 2020 | 8:08pm
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bakal dilantik Ketua Polis Johor. - Foto Asyraf Hamzah
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bakal dilantik Ketua Polis Johor. - Foto Asyraf Hamzah

Ayob Khan dilantik Ketua Polis Johor

KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bakal dilantik Ketua Polis Johor.

Pelantikan itu dibuat selepas Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad, berkata pelantikan dan pertukaran itu berkuat kuasa 6 Mac depan.

Selaras pelantikan itu, Ayob Khan yang kini berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) akan dinaikkan pangkat pemangku Komisioner Polis (CP).

Berita Harian X