Ahad, 16 Februari 2020 | 10:39pm

Amaran ribut petir di tiga negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengah malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia malam ini, kawasan yang dijangka terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, serta Kuala Kangsar.

Di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang) manakala di Sarawak, kawasan terbabit ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X