Selasa, 18 Februari 2020 | 6:29pm
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua dari kiri ) dan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway,Datuk Seri Jeffery Cheah (dua dari Kanan) menyaksikan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua dari kiri ) dan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway,Datuk Seri Jeffery Cheah (dua dari Kanan) menyaksikan

Belum cadang bawa balik 2 rakyat kita dari Jepun - TPM

PUTRAJAYA: Kerajaan belum bercadang untuk membawa pulang dua rakyat Malaysia disyaki positif COVID-19 yang sedang dirawat di Jepun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kes berkenaan masih baharu dan sedang menunggu keputusan ujian COVID-19.

Beliau yang juga Pengerusi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, sekiranya kedua-dua pesakit itu disahkan positif COVID -19, mereka perlu dikuarantin dan menerima rawatan di negara itu.

"Saya mempunyai berita gembira kerana kesemua 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu kini dibenarkan pulang selepas menjalani kuarantin selama dua minggu di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Penyerahan Tajaan Kumpulan Sunway Bagi Penubuhan SunwayForgood Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Nasional (YKN) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X