Jumaat, 21 Februari 2020 | 10:30pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

COVID-19: Jumlah kes positif masih kekal 22

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia kekal 22 orang, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 17 orang sudah dibenarkan keluar wad dan lima lagi masih dirawat di hospital.

“Perkembangan terkini #COVID-19 di Malaysia, jumlah kumulatif kes kekal 22, 17 (kes) telah keluar wad dan lima kes lagi masih mendapat rawatan di hospital.

“Seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 83 tahun yang diuji negatif sebanyak dua kali dalam tempoh lebih 24 jam, masih dirawat bersama suaminya berumur 85 tahun,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui Twitter beliau, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X