Ahad, 23 Februari 2020 | 5:50pm

Kenderaan VIP memasuki Istana Negara

KUALA LUMPUR: Lebih 20 kenderaan orang kenamaan (VIP) memasuki perkarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, sebentar tadi.

Kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard itu dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang, namun bukan melalui pintu utama.

Kira-kira 20 minit kemudian, empat lagi kenderaan VIP termasuk dua kenderaan mempunyai nombor pendaftaran Sarawak, SG 48 AQ dan SG1Q.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Istana Negara dengan helikopter pada kira-kira jam 4.30 petang dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri perlawanan golf.

Sekumpulan petugas media berkumpul di Istana Negara sejak jam 2 tadi bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia susulan beberapa mesej yang tular di WhatsApp pagi tadi, mendakwa Dr Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Dr Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara, petang ini.

Lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki perkarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, sebentar tadi.
Lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki perkarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, sebentar tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X