Selasa, 25 Februari 2020 | 12:02pm
AHLI Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara beberapa pemimpin politik yang dilaporkan berada di Bangunan Perdana Putra. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
AHLI Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara beberapa pemimpin politik yang dilaporkan berada di Bangunan Perdana Putra. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Pemimpin tertinggi parti berkumpul di PMO

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara beberapa pemimpin politik yang dilaporkan berada di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Beliau tiba dengan kenderaan persendirian pada jam 11.40 pagi dan turut diiringi dua kenderaan lain.

Buat masa ini, sudah ada beberapa pemimpin dari pelbagai parti memasuki pekarangan bangunan berkenaan bagi menemui Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara pemimpin yang dilihat memasuki bangunan berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Berita Harian X