Selasa, 25 Februari 2020 | 2:38pm
MUHYIDDIN mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir hari ini - Foto hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
MUHYIDDIN mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir hari ini - Foto hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Muhyiddin selesai jumpa Dr Mahathir

PUTRAJAYA : Kenderaan yang membawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Bangunan Perdana Putra pada jam 1.40 petang tadi.

Difahamkan beliau hadir ke bangunan berkenaan bagi berjumpa dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Muhyiddin, turut berjumpa dengan Mahathir hari ini ialah beberapa pimpinan tinggi pelbagai parti politik.

Lim Guan Eng (tengah) juga bertemu Dr Mahathir hari ini. - Foto hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Lim Guan Eng (tengah) juga bertemu Dr Mahathir hari ini. - Foto hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Berita Harian X