Selasa, 25 Februari 2020 | 4:16pm
KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.
KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

KM Sarawak tiba di Bangunan Perdana Putra

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada jam 3.47 petang tadi.

Difahamkan, kehadiran Abang Johari ke bangunan itu adalah untuk berjumpa dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat jam 3.30 petang tadi, lebih 10 pemimpin tertinggi daripada pelbagai parti politik bersilih ganti hadir ke Bangunan Perdana Putra sejak jam 9 pagi.

Kesemua mereka dipercayai hadir bagi membincangkan perkembangan politik negara, ketika ini.

Berita Harian X