Rabu, 26 Februari 2020 | 1:29pm
Anwar bersama Ahli Parlimen PKR pagi ini ke Istana Negara. - Facebook Anwar Ibahim
Anwar bersama Ahli Parlimen PKR pagi ini ke Istana Negara. - Facebook Anwar Ibahim

PKR kemuka Anwar sebagai PM ke-8?

KUALA LUMPUR: Spekulasi siapa Perdana Menteri terus menimbulkan tanya tanya selepas Ahli Parlimen PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beberapa Ahli Parlimen PKR yang ditemui mengaku mempersembahkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew, berkata beliau sudah menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kami bagi sokongan penuh (kepada Anwar) sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Baru sebentar tadi kami tandatangan SD (akuan bersumpah) dan setakat ini PKR berdiri di belakang Anwar.

“Saya percaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP bersama dengan kami, kami selalu bersama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata PKR yakin mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan PKR hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X