Rabu, 26 Februari 2020 | 4:13pm

COVID-19: 1,548 individu sudah diambil sampel

PUTRAJAYA: Seramai 1,548 individu sudah diambil sampel pengesanan jangkitan COVID-19, sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua individu berkenaan terdiri daripada pesakit di bawah pemantauan (PUI), kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan individu yang tiba dari Misi Bantuan Kemanusiaan dari Wuhan, China.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 22 kes disahkan positif COVID-19 iaitu 12 dalam kalangan PUI; lapan daripada kontak langsung dengan kes disahkan positif wabak dan dua kes lagi adalah dalam kalangan Misi Bantuan Kemanusiaan.

“Kes COVID-19 terakhir yang dilaporkan di Malaysia adalah pada 15 Februari 2020. Daripada 22 kes COVID-19 ini, 20 kes sudah pulih sepenuhnya sudah dibenarkan pulang,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X