Rabu, 26 Februari 2020 | 5:43pm

'Roh BERSATU susut tanpa kemudi Dr Mahathir'

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan keputusan menarik semula peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sumber berkata, keputusan Dr Mahathir itu dibuat selepas Biro Politik BERSATU mengunjungi Ahli Parlimen Langkawi di rumahnya, baru-baru ini.

Menurut sumber, rayuan dibuat terhadap Dr Mahathir berikutan BERSATU memerlukan beliau sebagai penggerak utama parti.

“Parti menganggap Dr Mahathir bukan sekadar pengerusi tetapi lebih daripada itu. Beliau pemula parti ini, ahli nombor satu dan pemandu utama perjuangan parti.

“Ketiadaan Dr Mahathir umpama tiada jiwa dan susut roh parti sebagai pemimpin utama.

“Itu sebab MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) BERSATU sebulat suara buat keputusan tolak peletakan jawatan Dr Mahathir.

“Biro Politik sudah menziarahi beliau untuk merayu supaya dapat kembali memimpin sebagai pengerusi parti. Alhamdulillah, beliau memohon sedikit ruang dan masa untuk buat pertimbangan kedudukannya," katanya.

Berita Harian X