Rabu, 26 Februari 2020 | 9:15pm
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas. - Foto Amran Hamid
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas. - Foto Amran Hamid

Mukhriz jumpa pimpinan negeri malam ini

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, meminta diberikan sedikit masa sebelum membuat sebarang keputusan, susulan perpecahan Pakatan Harapan (PH) dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mukhriz yang baharu tiba di Lapangan Terbang Alor Setar (LTAS) pada jam 8.20 malam ini, berkata beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan lanjut ketika ini.

“Bagi saya peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan, sebelum saya boleh buat kenyataan.

“Pada waktu ini banyak perkara yang saya perlu lakukan untuk menjamin masa depan Kedah,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Ketibaan Mukhriz disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Halimaton Saadiah Saad dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Firdaus Ahmad.

Sebaik tiba, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus mengadakan pertemuan bersama barisan EXCO Negeri Kedah di kediaman rasminya, Seri Mentaloon, di sini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X