Khamis, 27 Februari 2020 | 10:33am
Istana Negara - Foto NSTP/Aswadli Alias
Istana Negara - Foto NSTP/Aswadli Alias

TERKINI: Kronologi kemelut politik negara

10.30 malam: Majlis Presiden PH dalam kenyataan menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri interim memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri mencabar hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

9.55 malam: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tiba di mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan di sebuah hotel di Petaling Jaya

9.18 malam: PH Johor dakwa dapat sokongan 28 ADUN dari DAP, PKR dan AMANAH - Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan

8.55 malam: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan di sebuah hotel di Petaling Jaya, ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

6.40 petang: UMNO tunggu kenyataan rasmi dari Istana Negara mengenai pemilihan Perdana Menteri baharu - Tan Sri Annuar Musa - BERNAMA

6 petang: BERSATU mungkin calonkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu - Tun Dr Mahathir

5.55 petang: Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini untuk tentukan bakal Perdana Menteri - Tun Dr Mahathir

5.45 petang: Gabungan parti baharu akan menghadap Sultan Johor untuk mempersembahkan cadangan nama calon Menteri Besar. Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata ia akan dibuat sebelum susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang baharu dilantik.

3.45 petang: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dilihat memasuki bangunan sama pada jam 3.45 petang ini.

3.35 petang: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari bangunan PMO, selesai bertemu dengan Perdana Menteri Interim.

3.35 petang: Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dakwa kerajaan negeri masih dalam status tergantung, sanggah kenyataan Ketua Menteri, Adly Zahari. PH dan BN masing-masing memiliki 13 kerusi, manakala dua ADUN BERSATU belum nyatakan sokongan kepada mana-mana pihak

3.30 petang: Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, masih kekal dalam PKR, nafi beri persetujuan keluar parti. Kedudukannya akan dibincang dengan jawatankuasa parti berkaitan, petang ini.

3 petang: ADUN Bertam dan Teluk Bahang dari BERSATU kekal sokong Ketua Menteri, Kerajaan Pulau Pinang.

ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (dua dari kiri) dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim (kiri) dari BERSATU mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini. - Foto ihsan Buletin Mutiara
ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (dua dari kiri) dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim (kiri) dari BERSATU mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini. - Foto ihsan Buletin Mutiara

2.20 petang: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra untuk bertemu Perdana Menteri.

2.15 petang: Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin tegaskan PAS setia bersama UMNO dan BN menerusi Muafakat Nasional (MN) walau apapun keputusan Yang di-Pertuan Agong selagi kerjasama tak babitkan DAP.

2.05 petang: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, puas hati cadangan tubuh gabungan parti bentuk kerajaan baharu di negeri itu. Hasil temubual semalam, seramai 28 pilih gabungan baharu, manakala 26 pilih PH. Mereka berhak beri cadangan nama calon Menteri Besar. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659887/bersatu-muafak...

2 petang: Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya selepas diubah dari ibu pejabat PKR. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659877/pimpinan-utama...

1.50 tengah hari: Tun Dr Mahathir kembali sebagai Pengerusi Bersatu, kata Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya. - BERNAMA

1.30 tengah hari: Semua Ketua UMNO bahagian dipanggil menghadiri pertemuan khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 3 petang ini seperti dimaklumkan Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter. - BERNAMA

12.55 tengahari: ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim tiba di KOMTAR, menyusuli ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq yang sampai lebih awal. Kedua-dua ADUN BERSATU itu, akan adakan pertemuan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang.

12.40 tengah hari: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa nafi laporan Ahli Parlimen partinya dan PAS tandatangani SD namakan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659862/umno-nafi-pili...

12.30 tengah hari: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum dapat sokongan ADUN PH kekalkan kerajaan negeri sedia ada. Semua parti setuju bentuk gabungan PH dengan BERSATU di peringkat negeri. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659846/mukhriz-kekal-...

12.25 tengah hari: Kenderaan bawa Tun Dr Mahathir tiba di Perdana Putra.

12.18 tengah hari: Sultan Kedah perkenan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar. - BERNAMA

12 tengah hari: Tun Dr Mahathir selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, dilihat keluar dari Istana Negara. Difahamkan membabitkan jawatan Perdana Menteri ke-8.

11.30 pagi: Speaker Dewan Rakyat maklumkan persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini bergantung perkembangan politik semasa tetapi Parlimen sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659826/sabar-tunggu-d...

11.13 pagi: Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat umum penundaan persidangan DUN Johor yang dijadualkan 5 Mac ini. Tempoh bergantung proses tentukan barisan kuasa eksekutif negeri itu selesai. Agihan kerusi DUN Johor ialah UMNO (14); DAP (14); BERSATU (11); AMANAH (sembilan); PKR (lima); MIC (dua) dan PAS (satu).

10.57 pagi: Kenderaan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659821/dr-mahathir-ti...

 Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Penerangan Isu Politik Semasa di Langkawi, malam tadi. - Foto HAMZAH OSMAN
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Penerangan Isu Politik Semasa di Langkawi, malam tadi. - Foto HAMZAH OSMAN

10.30 pagi: Kenderaan bawa Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Perdana Putra. Difahamkan akan ke Istana Negara, menghadap Yang di-Pertuan Agong.

10 pagi: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin angkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof di Kamar Khas, Parlimen. Mohamad daripada Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari lalu.

10 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dilihat meninggalkan kediaman rasmi di Seri Mentaloon bagi menghadap Sultan Kedah Sultan Sallahuddin Badlishah di Wisma Darul Aman.

9.05 pagi: Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan minat belian dalam saham indeks utama, didorong suntikan positif pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan hari ini. - BERNAMA Selanjutnya https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/02/659816/ringgit-dibuka-...

8.25 pagi: Media mendapat maklumat Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi. Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri atau Istana Negara.

7.54 pagi: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan pertemuan dengan EXCO, ADUN Kedah di kediaman rasmi di Seri Mentaloon, dipercayai berkaitan situasi politik negara dan kedudukan kerajaan negeri susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Berita Harian X