Khamis, 27 Februari 2020 | 9:56pm
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Eastin Hotel selepas mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan. - Foto Saifullizan Tamadi
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Eastin Hotel selepas mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan. - Foto Saifullizan Tamadi

Anwar, Azizah hadir mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), di sebuah hotel di sini, malam ini.

Anwar ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di hotel itu, jam 8.55 malam.

Turut kelihatan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Difahamkan, mesyuarat itu akan membincangkan isu dalaman parti dan situasi politik negara.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X