Jumaat, 28 Februari 2020 | 5:20pm
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang ketika sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas melibatkan Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara. - Foto Aswadi Alias
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang ketika sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas melibatkan Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara. - Foto Aswadi Alias

Kesiapsiagaan ATM di tahap tertinggi

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa meletakkan kesiapsiagaan di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan krisis politik yang melanda negara.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata ketika ini, pihaknya meningkatkan operasi dan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tertentu termasuk sempadan negara.

“Buat masa ini, ATM sudah membuat persediaan dan meningkatkan siap siaga bagi mengawal keselamatan negara susulan perkembangan politik terkini.

“Kita mahu pastikan tiada anasir luar ambil kesempatan.

“Kita turut membuat pemantauan dan rondaan di kawasan tertentu dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Negara, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Kedua-dua dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi, bagi memberi taklimat mengenai situasi keselamatan negara.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X