Jumaat, 28 Februari 2020 | 10:04pm
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Edmund Samunting
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Edmund Samunting

Beberapa pemimpin pelbagai parti berkampung di kediaman Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin pelbagai parti dilihat berkampung di kediaman Presiden Parti Pribumi Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Bukit Damansara di sini, sejak petang tadi.

Antara pemimpin tiba di kediaman Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, kira-kira jam 5 petang.

Kemudian diikuti Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.

Selain itu, turut kelihatan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun.

Kesemua mereka berada di kediaman Muhyiddin sekitar sejam tanpa memberi apa-apa penjelasan kepada media.

Kedatangan semua pemimpin pelbagai parti itu menjadi tanda tanya dan menguatkan dakwaan kemungkinan Muhyiddin bakal Perdana Menteri kelapan.

Dianggarkan, ketika ini hampir 50 media menunggu di perkarangan kediaman Muhyiddin sejak petang tadi lagi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X