Sabtu, 29 Februari 2020 | 11:10am
Istana Negara. - Foto BERNAMA
Istana Negara. - Foto BERNAMA

TERKINI: Kronologi hari ke-7 kemelut politik negara

5.20 petang: Saya mohon seluruh rakyat Malaysia terima keputusan Yang di-Pertuan Agong - Tan Sri Muhyiddin Yassin - BERNAMA

4.31petang: Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) kelapan dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan serta Mengangkat Sumpah Jawatan PM akan diadakan jam10.30 pagi esok di Istana Negara. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660637/muhyiddin-dila...

5.20 petang: Saya mohon seluruh rakyat Malaysia terima keputusan Yang di-Pertuan Agong - Muhyiddin

4.09 petang: Istana Negara akan keluarkan kenyataan rasmi pada jam 5 petang ini.

3.40 petang: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

3.33 petang:Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

2.16 petang: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

2.10 petang: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

1.59 tengahari: Ahli Parlimen Beluran, Dr Ronald Kiandee tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. -BERNAMA

1.53 tengahari: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba semula ke Hotel Eastin disambut laungan reformasi oleh penyokong. - BERNAMA

1.30 tengahari: Kenderaan membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasukki perkarangan pintu dua Istana Negara. Turut bersama dengan Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil.

12.13 tengahari: Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat keluar dari kediamannya di The Mines, Seri Kembangan. Beliau menaiki kenderaan “RIMAU 1925” dan difahamkan akan ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660550/tun-m-ke-istan...

12.04 tengahari:Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dlihat keluar dari Istana Negara selepas selesai mempersembah dokumen sokongan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660546/pemimpin-ph-pe...

11.50 pagi:Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, memasuki pintu dua Istana Negara.

11.40 pagi:Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya di Segambut.

10.45 pagi: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof dilihat keluar dari Istana Negara.

10.43 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat keluar dari Istana Negara.

10.42 pagi: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat keluar dari Istana Negara pagi ini.

10.40 pagi: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari Istana Negara. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660529/esok-kami-akan...

10.30 pagi: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam kediamannya. Kediaman Anwar menjadi tumpuan media pagi ini susulan kenyataan Pakatan Harapan (PH) menyatakan semula sokongan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

9.55 pagi: Presiden BERSATU, Tan Muhyiddin Yasin dilihat keluar dari kediamannya untuk ke Istana Negara pagi ini.Kenderaan membawa beliau dilihat keluar dari kediamannya.

Berita Harian X