X
Ahad, 1 March 2020 | 8:35am
 Bendera rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkibar megah di Istana Negara hari ini.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Foto BERNAMA

TERKINI: Kronologi hari ke-8 kemelut politik negara

Ikuti perkembangan semasa kemelut politik Malaysia yang masuk hari kelapan hari ini.

5.54 petang: Tun Dr Mahathir meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas perjumpaan dengan Ketua Bahagian, Srikandi dan ARMADA petang ini.

4.48 petang: Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, memandu sendiri sebuah kereta jenis Audi berwarna hitam.

4.35 petang: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana

4.25 petang: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, memandu kereta Perodua Myvi.

4.00 petang: Polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli PKR bagi membantu siasatan insiden kekecohan membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

3.43 petang: Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota parti kasari Naib Presiden PKR, Tian Chua, pohon lembaga disiplin parti lakukan siasatan segera.

2.56 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah dapat sokongan terus terajui kerajaan negeri, beri bayangan kerajaan baharu sudah ada.

2:44 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan menghadap Sultan Perak hari ini. Kerjasama BERSATU dengan UMNO dan PAS di Perak akan dibincangkan kemudian. - BERNAMA

2.15 petang: Naib Presiden PKR, Tian Chua ditampar, dibaling botol air dan kon selepas keluar dari Ibu Pejabat PKR. Beliau diiringi beberapa anggota polis, dimaki hamun beberapa penyokong PKR dengan label pengkhianat. Malah, Tian Chua turut dilihat terjatuh akibat dikepung sebelum memasuki kereta. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660975/tian-chua-dita...

Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman oleh penyokong PKR di Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.
Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman oleh penyokong PKR di Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi.

1.40 tengah hari: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanthan Abdullah, berkata, pihaknya tiada menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

1.30 tengah hari: Suasana di pekarangan Ibu Pejabat PKR, bertukar gamat sejurus bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin keluar dari pejabat itu. Beberapa penyokong PKR yang berada di kawasan sekitar melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ dan mengerumuni EXCO Pulau Pinang itu.

1.26 tengah hari: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual memasuki Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi esok bagi memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri Ke-8.

1.07 tengah hari: Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 9 Mac ini mungkin ditangguhkan pada satu tarikh baharu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata pihaknya akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan kepastian dan tarikh baharu. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660931/sidang-dewan-r...

12.55 tengah hari: Polis Diraja Malaysia (PDRM) rakam ucapan tahniah, syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai PM. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya komited pikul amanah jaga keselamatan negara, junjung kedaulatan undang-undang.

12.50 tengah hari: Penjawat awam akan terus berikan perkhidmatan berkualiti, kekal dalam neutraliti, bersandarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong walaupun kerajaan bersilih ganti, kata Presiden CUEPACS, Adnan Mat. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660921/kerajaan-bertu...

12.40 tengah hari: “Terima kasih Allah dan (Yang di-Pertuan) Agong atas lantikan hari ini,” kata PM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ia kenyataan pertama PM kepada media. Kenyataan media akan diberikan selepas ini.

12.15 tengah hari: PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di Bukit Damansara. Beliau disambut laungan ‘hidup Tan Sri’ dan diikuti, doa kesyukuran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya selepas selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

12.07 tengah hari: Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara selepas selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri.

12.04 tengah hari: Kenderaan Speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2.

11.28 pagi: Tun Dr Mahathir dilihat tiba di The Mines Residence dengan kereta Mercedes berwarna hitam diiringi polis pengiring.

11.15 pagi: Tun Dr Mahathir dilihat meninggalkan Yayasan Al-Bukhary selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen PH selama kira-kira dua jam. Diikuti Ahli Parlimen Parti Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

10.33 pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660878/muhyiddin-angk...

Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara. - Foto BERNAMA

10.30 pagi: Istiadat Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan bermula.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara. - Foto BERNAMA

Antara pemimpin parti politik yang hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri Kelapan di Istana Negara. - Foto BERNAMA

9.58 pagi: Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Istana Negara.

9.52 pagi: Lebih 20 kenderaan kenamaan dipercayai dari Barisan Nasional (BN) dan keluarga Perdana Menteri tiba di Istana Negara. Antaranya, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9.50 pagi: Kereta bawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri kelapan. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660838/muhyiddin-tiba...

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki perkarangan Istana Negara untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara. - Foto NSTP/Aswadi Alias

9.44 pagi: Kenderaan yang bawa Yang Dipertuan Dewan Rakyat, memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.

9.40 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bacakan doa sebelum kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergerak dari kediamannya ke Istana Negara.

9.37 pagi: Tun Dr Mahathir mengakui beliau dan PH kini terpaksa tunggu sidang Dewan Rakyat akan datang untuk tunjukkan mereka ada sokongan majoriti membentuk kerajaan. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660811/peluang-tun-m-...

9.26 pagi: Kenderaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memasuki Istana Negara.

9.25 pagi: Saya perlu menamatkan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri interim, kata Tun Dr Mahathir - BERNAMA

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto AFP
Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto AFP

9.22 pagi: Kenderaan mempunyai lambang Yang Dipertuan Dewan Negara dan pejabat Hakim Negara tiba di Istana Negara.

9.14 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur

8.57 pagi: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas mengangkat sumpah ke jawatan berkenaan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, petang Jumaat lalu. Selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/660801/hasni-mulakan-...

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad (tengah) bersama barisan EXCO baharu ketika sidang media di Kediaman rasmi Menteri Besar Johor. Foto NSTP/Mohd Azreen Jamaludin
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad (tengah) bersama barisan EXCO baharu ketika sidang media di Kediaman rasmi Menteri Besar Johor. Foto NSTP/Mohd Azreen Jamaludin

8.52 pagi: Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dilihat tiba di Yayasan Al-Bukhary sejak jam 8 pagi tadi untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto NSTP/Suzalina Halid

Antara yang sudah tiba di Yayasan Al-Bukhary ialah Dr Mahathir sendiri yang juga Perdana Menteri interim; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

8.46 pagi: Kenderaan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Istana Negara melalui Pintu 2.

8.42 pagi: Pegawai pengiring Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Istana Negara dipercayai selepas menghantar dokumen melalui Pintu 2.

8.23 pagi: Kenderaan Jabatan Perdana Menteri memasuki pintu 2, Istana Negara untuk Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 10.30 pagi.

7.55 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan kediamannya di The Mines Resort and Golf Club.

Dr Mahathir dipercayai ke Yayasan Albukhary, di Kuala Lumpur.

Berita Harian X