Isnin, 2 March 2020 | 4:57pm
Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Foto NSTP
Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Foto NSTP

Mukhriz diminta pulang, selesai kemelut politik Kedah

SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Kedah meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pulang dan menyelesaikan kemelut politik di negeri ini secara baik.

ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor, berkata mereka masih menanti keputusan daripada Kerajaan Persekutuan dalam menentukan kedudukan kerajaan negeri ketika ini.

Katanya, PN sedia mengadakan perbincangan secara baik bersama Mukhriz, namun sehingga kini mereka belum menerima apa-apa maklumat.

“Kita boleh bincang bagi elok (keadaan), tetapi (setakat ini) belum buat perbincangan lagi mengenai perkara itu (perubahan kerajaan negeri).

“Kita belum ada apa-apa lagi maklumat berkenaan pertukaran kerajaan. Kita hanya tunggu keputusan Pusat yang akan menentukan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Sehingga kini barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ECXO) Kedah masih menunggu kepulangan Mukhriz sebelum memuktamadkan kedudukan mereka sebagai kerajaan negeri.

Ketika ini, PAS memiliki kerusi paling banyak dalam DUN Kedah, iaitu 15, diikuti PKR (7); BERSATU (6); Parti Amanah Negara (4); UMNO (2) dan DAP (2).

Berita Harian X