X
Rabu, 11 March 2020 | 10:24am
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama Jemaah Menteri sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama Jemaah Menteri sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - Foto BERNAMA

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.25 pagi itu dihadiri semua 31 menteri.

Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama Jemaah Menteri.

Isnin lalu, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet, yang buat pertama kali dalam sejarah negara tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menteri Kabinet yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, semalam.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac.

Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Datuk Dr Farizah Ahmad. – BERNAMA

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin sedia gaji dipotong
  • Tempoh sebulan Jemaah Menteri isytihar harta - PM
  • Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
  • Azmin pengerusikan Mesyuarat Kabinet jika PM tiada
  • Isu MA63, pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibincangkan segera
  • Tawaran baharu untuk Malaysia
  • Kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat - Muhyiddin
  • Bila-bila masa, di mana saja untuk jumpa Tun M
  • Calon lain akan ganti Tiong King Sing - PM
  • Tabung COVID-19 dilancar bantu mangsa kuarantin
  • Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama
  • Senarai Kabinet 2020
  • Berita Harian X