Khamis, 12 March 2020 | 4:31pm
Muhammad Shafee dalam sidang media di Mahkamah Tinggi sebelum ini. - Arkib NSTP
Muhammad Shafee dalam sidang media di Mahkamah Tinggi sebelum ini. - Arkib NSTP

COVID-19: Bicara 1MDB tangguh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, selepas barisan pembelaan termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Shafee, Noor Farhah Mustaffa ketika kes ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Noor Farhah berkata, Muhammad Shafee mempunyai kontak dengan individu itu ketika kenduri di rumahnya pada Sabtu lalu.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X