Khamis, 12 March 2020 | 5:10pm
Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Idrus di Istana Negara hari ini. - IG Istana Negara
Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Idrus di Istana Negara hari ini. - IG Istana Negara
- IG Istana Negara
- IG Istana Negara

Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Kehadiran beliau dikongsi dalam hantaran di akaun Instagram Istana Negara sebentar tadi.

Pertemuan itu yang pertama antara Yang di-Pertuan Agong dan Idrus selepas dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac lalu.

Idrus sebelum ini menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Februari lalu.

Berita Harian X