Isnin, 16 March 2020 | 6:12pm
Kemeneterian Kesihatan memerlukan lebih ramai pakar perubatan untuk menangani COVID-19. Gambar hiasan REUTERS
Kemeneterian Kesihatan memerlukan lebih ramai pakar perubatan untuk menangani COVID-19. Gambar hiasan REUTERS

COVID-19: Lebih ramai pakar epidemiologi diperlukan

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai ramai pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang epidemiologi, susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19).

Berdasarkan rekod semasa, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kerajaan ada 135 tenaga pakar itu di hospital kerajaan, manakala sembilan orang lagi di institut perubatan khas.

“Kita sekarang memang memerlukan pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang epidemiologi untuk ditempatkan di setiap negeri.

“Ketika ini, usaha untuk membendung penularan COVID-19 masih giat dijalankan, menerusi kerjasama daripada 61,158 doktor di seluruh negara,” katanya pada sidang media, hari ini.

Berita Harian X