X
Isnin, 16 March 2020 | 10:13pm

COVID-19: Kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas COVID-19 yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. - Foto BERNAMA
    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas COVID-19 yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X