Selasa, 17 March 2020 | 6:27pm
Orang ramai berpusu-pusu membeli tiket bas pulang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah COVID-19 di Terminal Bersepadu Selatan. NSTP/ROHANIS SHUKRI.
Orang ramai berpusu-pusu membeli tiket bas pulang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah COVID-19 di Terminal Bersepadu Selatan. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

COVID-19: Hukum penjara jika gagal patuh Perintah Kawalan Pergerakan

PUTRAJAYA: Orang ramai yang gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini, boleh dikenakan hukuman penjara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kesalahan berkenaan boleh disabitkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Bagi kesalahan pertama, individu yang gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan yang berterusan, individu berkenaan akan didenda RM200 bagi tiap-tiap kesalahan berterusan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Adham berkata, orang ramai perlu bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X