Rabu, 18 March 2020 | 9:29am

Soalan Lazim Sektor Peruncitan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

1. Adakah operasi pusat pengedaran dibenarkan beroperasi seperti biasa?

Operasi pusat pengedaran yang membabitkan bekalan barangan keperluan dan makanan merangkumi gudang e-dagang dan perkhidmatan gudang sokongan dibenarkan untuk terus beroperasi.

2. Adakah restoran, seksyen Sedia Dimakan (RTE)/bakeri dibenarkan operasi?

Restoran, RTE/bakeri boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang saja dan pandu lalu atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh

syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Makan di kedai (dine-in) adalah tidak dibenarkan.

3. Bagaimana dengan operasi medan selera dan penyewa yang beroperasi dalam pasar raya besar?

Operasi medan selera boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang saja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Makan di kedai adalah tidak dibenarkan. Hanya penyewa yang beroperasi dalam industri farmasi klinikal saja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam pasar raya besar.

4. Bagaimana operasi peruncitan di dalam pusat membeli belah seperti penyewa utama (anchor tenant)?

Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian saja) di pusat membeli belah boleh diteruskan atas rundingan antara penyewa dan pemilik premis.

5. Bagaimana operasi kedai makan/kedai runcit/kedai serbaneka dalam kedai khusus?

Kedai makan/kedai runcit/kedai serbaneka dalam kedai khusus saja dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang saja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat seperti Grab Food atau Food Panda. Makan di kedai adalah tidak dibenarkan.

6. Adakah operasi ibu pejabat syarikat peruncitan dibenarkan beroperasi?

Ibu pejabat syarikat peruncitan adalah dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti sektor, bahagian atau unit yang perlu diklasifikasikan sebagai perkhidmatan penting untuk hadir bekerja di premis ibu pejabat, manakala bagi sektor, bahagian atau unit yang bukan perkhidmatan penting adalah perlu mengambil langkah bekerja dari rumah.

7. Adakah kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi menghadkan pembelian setiap pengguna?

Kementerian menggalakkan pihak pasaraya melakukan kawalan kendiri bagi menangani pembelian barangan makanan dan keperluan harian dengan jumlah yang tidak munasabah oleh pengguna.

8. Bagaimana operasi 'departmental store' yang mempunyai pasar raya dan barangan kelengkapan rumah/fesyen/medan selera?

Hanya bahagian pasaraya yang menjual barang makanan dan barangan keperluan harian yang dibenarkan untuk beroperasi di 'departmental store'.

9. Adakah perkhidmatan dobi layan diri boleh diteruskan?

Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

10. Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan di pasar raya masih boleh diteruskan?

Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan.

11. Adakah perkhidmatan e-dagang dianggap sebagai perkhidmatan penting?

Ya.

12. Adakah pembelian atas talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan?

Ya.

13. Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan dibenarkan untuk beroperasi?

Ya.

14. Adakah kerja pengubahsuaian premis perniagaan boleh diteruskan?

Bagi kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan, ia perlu ditangguhkan. Jika terdapat isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan.

15. Adakah penghantar barangan bukan makanan seperti lampin tuala wanita dikira sebagai barangan penting?

Ya.

16. Jika semua pusat membeli belah ditutup, adakah kedai di lapangan

terbang turut terbabit?

Hanya penyewa yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian saja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam lapangan terbang. Makan di kedai adalah tidak dibenarkan.

17. Adakah penyedia perkhidmatan pihak ketiga dibenarkan beroperasi

bagi membantu operasi dan rantaian bekalan kerana ini adalah kritikal dalam kelangsungan perniagaan?

Perkhidmatan yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan bekalan adalah dibenarkan. Pengguna dan pihak ketiga perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan cara memakai topeng muka dan cecair pencuci tangan.

18. Adakah syarikat pengumpulan sampah di premis pasar raya/kedai serbaneka/kedai runcit dibenarkan beroperasi?

Ya.

19. Adakah kuota beras, gula, minyak dan tepung boleh disimpan melebihi kuota lesen yang diberikan?

Syarikat hendaklah mematuhi sebarang kuota lesen yang dikeluarkan mana-mana agensi kawal selia. Bagaimanapun, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan kes.

20. Adakah operasi pasar malam dan pasar tani dibenarkan beroperasi?

Tidak.

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X