Rabu, 18 March 2020 | 8:10pm
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -foto BERNAMA

Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan elak rakyat terdedah COVID-19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan penutupan sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan serta kilang ditutup selaras Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengelakkan rakyat terdedah dengan jangkitan virus COVID-19.

"Tujuannya supaya saudara saudari tidak perlu bergerak ke sana- sini, tidak perlu bersesak di dalam LRT, MRT atau bas ke tempat kerja.

"Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengah hari.

"Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan jangkitan COVID-19," katanya dalam perutusan khas malam ini.

Berita Harian X