Khamis, 19 March 2020 | 12:34pm

COVID-19: Soalan lazim Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan soalan lazim kepada industri dan orang ramai berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.

1. Adakah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan beroperasi seperti biasa?

Sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 dan selaras dengan Arahan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pegawai MOSTI akan bekerja dari rumah. Sebarang soalan berkaitan program atau aktiviti kementerian boleh dipanjangkan melalui emel atau membuat panggilan ke talian hotline kementerian di 03-8885 8522.

2. Adakah premis di bawah MOSTI yang dibuka kepada orang awam masih boleh dikunjungi?

Ibu Pejabat dan semua Jabatan/Agensi di bawah MOSTI seperti Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara ditutup sementara mulai 16 Mac 2020 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

3. Apakah program-program MOSTI yang membabitkan perhimpunan ramai seperti Minggu Sains Negara akan diteruskan?

Semua program MOSTI yang melibatkan orang perhimpunan ramai ditangguhkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4. Bagaimanakah pemegang lesen orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Pemegang lesen dan orang awam masih boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh LPTA melalui Sistem eLesen eSPP di atas talian ataupun melalui emel. Sebarang permasalahan boleh hubungi Person In Charge (PIC) seperti berikut:

Bahagian Penilaian dan Perlesenan

a) Fedrick Charlie Matthew Brayon – [email protected]

b) Muhammad Hassyakirin Hasim – [email protected]

c) Muhammad Redza Fahmi Rosdi – [email protected]

Bahagian Kawalselia Sinaran

a) Suhana Jalil – [email protected]

b) Mohd Hazmin Safiyudin Abdullah – [email protected]

Unit information and Communications Technology (ICT)

a) Hafiz Hadzori – [email protected]

Unit Kewangan

a) Norjehan Abdullah – [email protected]

5. Adakah permohonan penawaran Dana MySI yang ditutup pada 20 Mac 2020 akan dilanjutkan tempoh?

Tarikh tutup permohonan Penawaran Dana MySI telah dilanjutkan sehingga 7 April 2020. Permohonan boleh dibuat melalui portal emysi.mestecc.gov.my.

6. Adakah pegawai kementerian dibenarkan memasuki premis pejabat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Pegawai perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan kementerian untuk memasuki premis sekiranya terdapat keperluan mendesak.

7. Adakah invois tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan akan diproses dalam Perintah Kawalan Pergerakan?

Invois tuntutan bayaran akan diproses sewajarnya.

8. Bagaimana kedudukan tender atau sebut harga yang telah dipelawa tetapi tarikh tutupnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tarikh tutup tender atau sebut harga telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

9. Bagaimana kedudukan tender atau sebut harga yang telah tamat tempoh sah laku dalam tempoh PKP?

Tarikh sah laku tender atau sebut harga telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

10. Adakah taklimat tender atau sebut harga yang dijadualkan dalam tempoh PKP akan diteruskan?

Tidak. Taklimat tender atau sebut harga akan dijadualkan semula.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X