X
Khamis, 19 March 2020 | 6:39pm
KENDERAAN penduduk Desa Menteri Flat Block 11, Taman Medan memenuhi ruang parkir kereta saranan Perdana Menteri memohon orang ramai sentiasa berada di rumah setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah wabak COVID-19. - Foto Rohanis Shukri
KENDERAAN penduduk Desa Menteri Flat Block 11, Taman Medan memenuhi ruang parkir kereta saranan Perdana Menteri memohon orang ramai sentiasa berada di rumah setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah wabak COVID-19. - Foto Rohanis Shukri

Soalan Lazim Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1. Adakah perkhidmatan di Kaunter Perkhidmatan Setempat KPKT dibuka untuk urusan?

Tidak.

2. Adakah kutipan sampah/pembersihan awam di tempat saya akan dijalankan mengikut jadual?

Ya, operasi bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal oleh KPKT akan diteruskan seperti biasa di negeri-negeri yang mengguna pakai Akta 672 iaitu Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Bagi negeri-negeri yang tidak memakai Akta 672, pembersihan awam dan kutipan sampah adalah di bawah tanggungjawab PBT masing-masing.

3. Adakah jualan pasar awam akan dibuka?

Ya, pasar awam dibuka.

4. Adakah jualan pasar pagi dan pasar tani akan dibuka?

Tidak. Kesemua jenis pasar seperti pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pasar juadah, bazar dan jualan bonet kereta akan ditutup.

5. Adakah premis restoran, penjaja kecil dan kenderaan saji (food truck) boleh dibuka?

Restoran, penjaja kecil, kenderaan saji/ food truck, gerai statik, penempatan penjaja sementara dan kiosk berkaitan perkhidmatan penyediaan makanan dibenarkan untuk dibuka. Pelanggan tidak dibenarkan untuk makan di premis berkenaan dan peniaga hanya dibenarkan untuk menjual makanan melalui kaedah pembungkusan (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu (drive thru) sahaja.

6. Adakah pengurusan perumahan di bawah KPKT berjalan seperti biasa?

Tidak.

Urusan berkaitan boleh dilaksanakan secara dalam talian untuk perkhidmatan permohonan Advertising, Permit and Developer License (APDL) baharu, pembaharuan APDL, permohonan pengeluaran wang tambahan (P9 dan P11), pengemaskinian maklumat pemaju melalui e-pemaju, pengemaskinian maklumat 7(f), pendaftaran nama pemohon untuk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan aduan melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB).

7. Adakah permohonan Program/Skim Perumahan di bawah KPKT seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) & Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) masih dibuka?

Ya. Sebarang permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal https://teduh.kpkt.gov.my atau https://sprn.kpkt.gov.my.

8. Adakah operasi Bahagian Perlesenan Pemajuan Perumahan JPN di Kaunter Setempat KPKT dibuka?

Tidak. Sebarang urusan boleh dibuat secara dalam talian (online). Semua APDL yang telah diluluskan akan dikeluarkan pada 1 April 2020.

9. Adakah Bahagian Penguatkuasaan JPN boleh menerima aduan daripada pembeli berkaitan dengan Akta 118 dan peraturan-peraturannya.

Ya. Aduan daripada pembeli atau mana-mana pihak berkepentingan boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di https://aduan.kpkt.gov.my.

10. Bagaimana saya boleh hubungi JPN, KPKT?

Sila hubungi:

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Emel: [email protected] atau [email protected]

11. Adakah pihak PR1MA akan mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan unit atau rumah PR1MA yang sudah didiami?

Tidak. Tindakan akan diambil bagi kerosakan yang kritikal sahaja dalam tempoh ini.

12. Adakah perkhidmatan kebombaan beroperasi seperti biasa?

Ya kecuali perkhidmatan kaunter dan pemeriksaan bangunan.

13. Adakah perkhidmatan kaunter untuk pemeriksaan alat pemadam api, pengeluaran Salinan Laporan Kebakaran dan Kecemasan dilaksanakan?

Tidak, kecuali permohonan secara dalam talian.

14. Adakah kes-kes yang ditetapkan untuk perbicaraan di Tribunal Perumahan & Pengurusan Strata (TPPS) akan dijalankan dalam tempoh ini?

Tidak. Semua sesi pendengaran kes akan ditangguhkan dalam tempoh ini ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

15. Bolehkah saya membuka perniagaan Kredit Komuniti (KK) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG)?

Tidak.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X