Jumaat, 20 March 2020 | 3:33pm
Sukarelawan dikenali sebagai ‘Panic Button Club’ tampil menyalurkan bantuan sebagai menghargai kerja keras barisan hadapan negara menangani penularan COVID-19.
Sukarelawan dikenali sebagai ‘Panic Button Club’ tampil menyalurkan bantuan sebagai menghargai kerja keras barisan hadapan negara menangani penularan COVID-19.

COVID-19: Sukarelawan salurkan bantuan kepada barisan hadapan negara

KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap petugas kesihatan, sekumpulan sukarelawan dikenali sebagai ‘Panic Button Club’ tampil menyalurkan bantuan sebagai menghargai kerja keras barisan hadapan negara menangani penularan COVID-19.

Diketuai ahli perniagaan, Datuk Faizal Rashid, bantuan disalurkan berupa 160 kampit beras, air minuman, pek makanan segera dan khemah diberikan kepada petugas di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam.

Menurut Faizal, pihaknya sedaya upaya akan membantu semampu yang boleh selain cuba meluaskan lagi bantuan kepada pihak memerlukan selepas ini.

“Bantuan disalurkan sebagai tanda mengenang dan menghargai perkhidmatan tanpa henti barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

“Kita akan cuba menghulurkan sumbangan kepada beberapa pihak lagi selepas ini dan ini adalah tanda terima kasih kami kepada anda yang banyak berkorban untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesemua sumbangan diterima oleh wakil klinik berkenaan, Dr Syazana Alia.

Ketika majlis penyerahan sumbangan berlangsung, segala langkah keselamatan seperti pemakaian topeng muka dan penjarakan sosial dipatuhi.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X