Ahad, 22 March 2020 | 1:01pm

COVID-19: PGA tambah anggota di sempadan Kelantan-Thailand

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menambah anggota bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bagi mengetatkan lagi kawalan sempadan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi, berkata tindakan itu diambil susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditempatkan tiga ICQS iaitu di Pengkalan Kubor, di Tumpat, Bukit Bunga, Tanah Merah dan Rantau Panjang, di sini.

Katanya, kawalan PGA di ICQS berbentuk pemeriksaan di pintu masuk dan keluar agar tiada pelanggaran terhadap Perintah

Kawalan Pergerakan berlaku serta memastikan pelaksanaan kawalan terbabit berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

“Selain itu, setiap kenderaan yang keluar dan masuk dari dua negara Malaysia-Thailand turut diperiksa bagi mengetahui tujuan perjalanan mereka selain meneliti dokumen perjalanan bagi memastikan tiada pembolosan berlaku.

“Jika berlaku sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan di ICQS, tindakan diambil sama ada tidak dibenarkan masuk ataupun kesahihannya diperiksa agensi yang bertanggungjawab.

“Tindakan tegas perlu diambil bagi mengawal pergerakan orang ramai di sempadan Malaysia-Thailand sama ada di ICQS ataupun di pengkalan haram yang terletak di sepanjang kawasan sempadan Rantau Panjang ke Tumpat” katanya dalam sidang media di Pos Ibrahim, di sini, hari ini.

RANTAU PANJANG 18 MAC 2020. Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mula di tutup ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR
RANTAU PANJANG 18 MAC 2020. Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mula di tutup ketika hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Azhari berkata, pihaknya berusaha merangka beberapa bentuk penugasan bagi memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus berleluasa terutama dalam tempoh perintah yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

“Kawalan dilakukan selama 24 jam dengan kekuatan lebih 200 anggota bagi mengawasi 88 pangkalan haram bagi mengelakkan orang ramai menggunakannya sebagai transit untuk keluar atau masuk antara negara Malaysia dan Thailand.

“Walaupun keluasan Sungai Golok adalah 29.5 kilometer mengikut persisiran sungai iaitu suatu keluasan yang agak besar untuk dikawal namun, ia amatlah perlu bagi mengawal pergerakan rakyat tempatan ataupun warga asing

“Segala amaran dan nasihat telah diberikan kepada orang ramai dalam tempoh lima hari perintah dilaksanakan dan jika masih lagi terdapat individu yang ingkar perintah ini, tindakan tegas diambil,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan perintah terbabit bukan untuk membebankan rakyat tetapi adalah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di negara kita seterusnya menjamin keselamatan rakyat.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi memantau kawasan sempadan Malaysia-Thailand di pengkalan haram yang terletak di sepanjang kawasan sempadan Rantau Panjang berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 hingga 31 Mac. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
    Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi memantau kawasan sempadan Malaysia-Thailand di pengkalan haram yang terletak di sepanjang kawasan sempadan Rantau Panjang berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 hingga 31 Mac. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
    Berita Harian X