Ahad, 22 March 2020 | 3:00pm

COVID-19: Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kementerian Dalam Negeri – Polis Diraja Malaysia (PDRM)

S:Adakah perlu sebarang dokumen kebenaran dari PDRM untuk bergerak rentas negeri?

J: Buat masa ini PDRM sudah menangguhkan keperluan untuk mendapatkan Permit Pergerakan Rentas Negeri.

S: Sekiranya ada restoran atau warung beroperasi seperti biasa dengan orang awam makan di premis berkenaan, dengan siapakah perlu saya laporkan perkara ini bagi tujuan penguatkuasaan?

J: Restoran dan warung hanya dibenarkan menyediakan makanan secara ‘take-away’ sama ada oleh pembeli atau melalui khidmat hantaran ke rumah. Sekiranya ada premis beroperasi seperti biasa, orang awam diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran untuk tindakan susulan.

S: Majikan saya berkeras untuk pekerja datang ke pejabat walaupun pejabat atau kilang tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan penting. Bolehkah saya melaporkan kepada pihak PDRM?

J: Aduan berkaitan boleh dilaporkan terus kepada PDRM atau Kementerian Kesihatan.

S: Sekiranya terdapat sekatan jalan raya sebagai langkah kawalan pergerakan, adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan keperluan saya bergerak ke pejabat?

J: Majikan kepada perkhidmatan penting (awam dan swasta) perlu mengeluarkan surat arahan bertugas kepada setiap individu yang diarahkan bertugas sepanjang tempoh PKP. Buat masa ini pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang permit pergerakan.

S: Bagi pergerakan lori penghantaran barangan bukan perkhidmatan penting, perlukah ditunjukkan sebarang dokumen sokongan mengenai keperluan pergerakan lori ini sekiranya terdapat sekatan jalan raya oleh PDRM?

J: Ini adalah kesalahan di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di

Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

S: Apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan terhadap orang awam atau majikan yang dengan sengaja melanggar PKP?

J: Hukuman penjara enam bulan atau denda RM1,000 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar PKP.

S: Apakah bentuk tindakan terhadap pihak yang membuat atau menyebarkan berita palsu?

J: Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dengan penjara dua tahun dan denda serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan denda RM50,000 atau penjara satu tahun.

S: Bagaimana orang awam boleh menghubungi pihak PDRM bagi mengajukan soalan-soalan berkaitan?

J: Orang ramai boleh hubungi Pusat Kawalan Malaysia di talian 03-22663333 atau 03-22663444, dan juga di talian Pusat Pengurusan Operasi Negara 03-88882010.

Berita Harian X