Ahad, 22 March 2020 | 8:00pm
Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan urusan pengebumian mangsa ke sembilan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Alor Merah, hari ini. - NSTP/Ihsan Pembaca
Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan urusan pengebumian mangsa ke sembilan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Alor Merah, hari ini. - NSTP/Ihsan Pembaca

Korban kesembilan COVID-19 selamat dikebumi

ALOR SETAR: Pengebumian seorang doktor perubatan yang juga korban kesembilan COVID-19 negara selamat dikebumikan, dengan dikawal rapi anggota polis.

Jenazah Dr Usman Sani Saidin, 48, dikebumikan selepas zuhur di Masjid Alor Merah, di sini.

Anggota keluarga tidak dibenarkan masuk dan menghampiri lokasi perkuburan, manakala pengamal media tidak dibenar merakam gambar di lokasi tanah perkuburan itu.

Tinjauan mendapati, kakitangan Kementerian Kesihatan KKM) dan anggota polis lengkap memakai kelengkapan pelindung diri (PPE).

Dr Usman yang juga doktor perubatan di Hospital Tunku Fauziah (HTF) di Kangar, Perlis disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTF.

Mangsa dipercayai mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan dimasukkan ke hospital berkenan pada 17 Mac lalu, selepas mengalami simptom Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Mangsa disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac lalu dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac berikutan keadaan kesihatan yang merosot.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X