Isnin, 23 March 2020 | 12:05pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

COVID-19: PhAMA jamin bekalan ubat berterusan

KUALA LUMPUR: Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) komited untuk terus membekalkan ubat-ubatan kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Presidennya, Chin Keat Chyuan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan Rabu lalu, persatuan itu telah mengadakan siri libat urus dengan kerajaan bagi meminimumkan gangguan kepada perniagaan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memberi sokongan padu kepada syarikat ahli PhAMA yang mahu meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Garis panduan yang dikeluarkan oleh MITI membolehkan ahli PhAMA untuk mematuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan di bawah MCO.

“Kami dan MITI sama-sama ingin memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan penting yang disediakan oleh syarikat ahli kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Keat Chyuan berkata, PhAMA amat percaya yang kerjasama dengan Malaysia akan mampu menangani wabak COVID-19.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan MITI dan kementerian lain untuk membantu Malaysia bertahan dan pulih dengan cepat apabila krisis ini berakhir,” katanya.

Kerajaan mula melaksanakan PKP selama 14 hari itu bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini sebagai usaha untuk membendung penularan COVID-19 yang setakat jam 12 tengah hari semalam, negara merekodkan jumlah kes positif virus itu sebanyak 1,306 kes dan 10 kematian.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X