Isnin, 23 March 2020 | 1:22pm

Tawaran ePaper akhbar NSTP termasuk BH percuma

Bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat terkini khususnya berkaitan COVID-19, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menawarkan akhbar digital (ePaper) terbitannya secara percuma.

Akhbar Berita Harian (BH), Harian Metro dan New Straits Times boleh diperoleh pembaca bermula jam 12.30 tengah malam ini sehingga 11.59 malam, 31 Mac depan.

Pembaca hanya perlu mengimbas kod QR atau klik pautan pada portal dan media sosial akhbar NSTP itu seterusnya mengikuti langkah yang diberikan.

Untuk tempoh itu, pembaca akan diberikan kemudahan ePaper untuk ketiga-tiga akhbar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi pembaca yang sudah melanggan ePaper NSTP, mereka juga berpeluang menerima tambahan tujuh hari lagi daripada tempoh tamat langganan jika menggunakan tawaran ini.

Untuk langganan, sila layari www.nstp.com.my/mco.

Berita Harian X