Isnin, 23 March 2020 | 8:32pm

Diskaun 50 peratus bayar saman

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) melancar kempen bayaran saman secara ‘e-payment’ bermula 25 hingga 29 Mac ini, dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus.

Kempen selama lima hari itu adalah bersempena Peringatan Hari Polis ke-213.

Pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias, berkata ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membayar saman secara ‘e-payment’ berikutan penutupan kaunter bayaran saman di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

“Kempen ini juga adalah langkah jabatan bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasa di seluruh negara.

“Sebagai meringankan beban ditanggung masyarakat, polis menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu dengan pembayaran boleh dilakukan melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X