Rabu, 25 March 2020 | 11:54am
Anggota polis trafik mengadakan sekatan jalanraya di Jalan Syed Putra menuju ke pusat bandaraya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Anggota polis trafik mengadakan sekatan jalanraya di Jalan Syed Putra menuju ke pusat bandaraya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - NSTP/Hairul Anuar Rahim

COVID-19: Pematuhan PKP naik kepada 92 peratus

KUALA LUMPUR: Pematuhan rakyat terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dianggarkan berada pada tahap 92 peratus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata anggaran itu dibuat berdasarkan statistik diperoleh daripada petugas polis yang membuat rondaan, pemantauan dan sekatan jalan setiap hari.

"Pada hari pertama, 60 peratus (patuh) PKP, pada hari ini tahap 92 peratus.

"Data ini diperoleh daripada petugas yang memantau pergerakan orang awam dan kenderaan.

"Kita memainkan peranan dan kuatkuasakan PKP mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967," katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara langsung, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X