Rabu, 25 March 2020 | 3:54pm
KUALA LUMPUR. Anggota polis mengadakan sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID-19. NSTP/ASWADI ALIAS.
KUALA LUMPUR. Anggota polis mengadakan sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID-19. NSTP/ASWADI ALIAS.

"Nak siram pokok di pejabat'

KUALA LUMPUR: Siram pokok di pejabat, hantar kek, beli surat khabar dan bungkus makanan tengah hari antara alasan tidak munasabah diberikan kepada polis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ia sedikit sebanyak menunjukkan segelintir individu masih tidak menyedari tahap bahaya penularan COVID-19.

“Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca namun pelbagai alasan tidak menusabah diberikan termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP.

“Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan mahu beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.

“Ia membuatkan kita terfikir bahawa sebilangan kecil masyarakat masih belum sedar tahap bahaya wabak COVID-19,” katanya pada BH, hari ini.

Berita Harian X