Khamis, 26 March 2020 | 2:07am
Ketika orang ramai terpaksa berada di rumah kerana pelaksanaan PKP, Pembantu perubatan, Mazizlyn Shazliana Mat Yusof dengan berpakaian khas mengesat peluhnya ketika menunggu di luar klinik bagi membuat saringan/tapisan awal pada setiap pengunjung sebelum dibenarkan masuk untuk menerima rawatan susulan. Ia langkah yang diambil oleh klinik tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Kerajaan dalam satu pengumuman mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April susulan kes positif Covid-19 yang masih berlaku. NSTP/OSMAN ADNAN

COVID-19: PKP paksa perantau pulang bercuti kekal di kampung

JOHOR BAHRU: Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga 14 April depan seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, menjadikan PKP dilaksanakan dalam tempoh sebulan.

Suka atau tidak, tempoh itu terpaksa diterima masyarakat demi memutuskan rantaian penyakit wabak COVID-19 yang kini sudah meragut 20 nyawa.

Arahan PKP itu diterima dengan hati terbuka oleh guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur, Siti Hajar Arshad, 32 dan dua anaknya yang kini terpaksa berjauhan dengan suaminya yang bertugas sebagai anggota polis di Kuala Lumpur (KL).

Katanya, beliau kini berada di kampung dekat Kota Tinggi setelah pulang ke kampung bersama anak berusia enam dan empat tahun pada 14 Mac lalu sempena cuti sekolah.

“Saya sudah sampai di kampung di Kota Tinggi, sebelum PKP diumumkan.

“Balik kampung sudah menjadi lumrah kami setiap kali cuti sekolah, suami yang hantar kami menaiki kenderaan, sampai Johor pada 14 Mac lalu sebelum beliau kembali semula untuk bertugas di Kuala Lumpur.

“Ketika Perdana Menteri umum pelaksanaan PKP pada 16 Mac lalu, memang ada terdetik dalam hati saya untuk balik ke kediaman sendiri di Seremban tetapi suami kata lebih baik duduk di kampung kerana kerjanya yang menentu dan tidak bercuti,” katanya.

Siti Hajar berkata, beliau bersama anak-anaknya kini terpaksa terus berada di kampung susulan pengumuman terbaharu semalam.

Katanya, suka atau tidak, semua orang perlu mematuhi pelaksanaan PKP agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani segera.

“Semoga wabak ini akan segera berakhir dan kita semua di lindungi Allah SWT dari wabak ini.

“Marilah kita sama-sama patuh pada arahan kerajaan dan banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar rantaian wabak ini segera berakhir,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X