Khamis, 26 March 2020 | 5:55pm

COVID-19: Bayi 12 hari mangsa jangkitan termuda

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan, bayi berusia 12 hari adalah di antara pesakit termuda yang dijangkiti COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi berkenaan adalah seorang daripada mangsa menerima jangkitan dalam gelombang kedua wabak itu di negara ini.

“Ketika gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, dan gelombang kedua pula ialah seorang bayi berusia 12 hari. Manakala psakit tertua pula berusia 83 tahun.

"Butirannya kita akan maklumkan kemudian," katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • PUTRAJAYA, 25 Mac -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
    PUTRAJAYA, 25 Mac -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

    Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X