X
Jumaat, 27 March 2020 | 11:58am
Orang ramai beratur menunggu giliran selepas laluan masuk ke Pasar Jalan Chow Kit ditutup. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Orang ramai beratur menunggu giliran selepas laluan masuk ke Pasar Jalan Chow Kit ditutup. - NSTP/Eizairi Shamsudin

COVID-19: Pembelian di Pasar Chow Kit dihadkan, kawalan ketat Jalan TAR

KUALA LUMPUR: Polis mengehadkan kemasukan orang ramai ke Pasar Chow Kit, di sini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Bermula hari ini, pengunjung dibahagikan kepada 30 hingga 40 orang bagi setiap kumpulan pada satu-satu masa dengan tempoh masa selama 20 minit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, berkata setiap individu perlu mendaftar nama selain diarahkan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memperoleh kebenaran masuk.

“Tindakan ini dilaksanakan bagi membolehkan orang ramai mematuhi PKP. Ini susulan masih ada yang tidak menjaga jarak dan tidak memakai topeng ketika berada daam pasar.

"Selain itu pihak polis turut menyediakan laluan khas untuk warga emas yang ingin ke pasar bagi mendapatkan barang keperluan mereka,” katanya selepas meninjau pelaksanaan PKP di Pasar Chow Kit di sini, hari ini.

Bermula hari ini, pengunjung dibahagikan kepada 30 hingga 40 orang bagi setiap kumpulan pada satu-satu masa dengan tempoh masa selama 20 minit. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Bermula hari ini, pengunjung dibahagikan kepada 30 hingga 40 orang bagi setiap kumpulan pada satu-satu masa dengan tempoh masa selama 20 minit. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pasar Jalan Chow Kit beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 1 tengah hari, dan selepas waktu operasi pengunjung tidak dibenarkan untuk berada di kawasan itu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pasar Jalan Chow Kit beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 1 tengah hari, dan selepas waktu operasi pengunjung tidak dibenarkan untuk berada di kawasan itu. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Orang ramai beratur menunggu giliran selepas laluan masuk ke Pasar Jalan Chow Kit ditutup. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Orang ramai beratur menunggu giliran selepas laluan masuk ke Pasar Jalan Chow Kit ditutup. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Beliau berkata pasar itu beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 1 tengah hari, dan selepas waktu operasi pengunjung tidak dibenarkan untuk berada di kawasan itu.

“Sekiranya ada yang ingkar, tindakan lebih drastik akan dikenakan kepada mereka.

"Setakat ini kami menjangkakan lebih ramai lagi yang akan datang untuk membeli barang keperluan harian mereka di pasar ini ,” katanya.

Tinjauan BH mendapati orang ramai beratur sepanjang 50 meter untuk masuk ke pasar bagi membeli barang keperluan masing-masing.

Sehingga jam 10 pagi tadi, dianggarkan 700 pengunjung beratur untuk masuk ke Pasar Chow Kit.

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X