X
Jumaat, 27 March 2020 | 3:23pm

Pakej RM250 bilion untuk semua rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.

“Semua itu tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Berita Harian X