Jumaat, 27 March 2020 | 3:31pm
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Boleh keluar RM1,500 dari Skim Persaraan Swasta

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM1,500 bagi setiap ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengeluaran itu yang tidak dikenakan sebarang penalti cukai adalah bagi tempoh April hingga Disember 2020.

“Saya sedar bahawa ada dalam kalangan saudara-saudari yang menabung untuk simpanan hari tua dalam Skim Persaraan Swasta atau PRS.

“Dalam keadaan yang sukar pada waktu ini, tentulah saudara-saudari memerlukan wang tunai daripada apa jua bentuk simpanan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian.

“Sehubungan itu, Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Berita Harian X