Jumaat, 27 March 2020 | 3:39pm

COVID-19: Penuntut IPT dapat RM200

KUALA LUMPUR: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) diberikan bantuan tunai ‘one-off’ sebanyak RM200 yang akan dibayar pada Mei ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, penyaluran bantuan berkenaan bakal membabitkan peruntukan dengan nilai keseluruhan RM270 juta yang akan diagihkan kepada penuntut di pelbagai IPT.

“Ia termasuk matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, universiti awam dan universiti swasta,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sebentar tadi.

Penuntut IPT diberikan bantuan tunai ‘one-off’ sebanyak RM200 yang akan dibayar pada Mei ini. - Foto hiasan
Penuntut IPT diberikan bantuan tunai ‘one-off’ sebanyak RM200 yang akan dibayar pada Mei ini. - Foto hiasan
Berita Harian X