Jumaat, 27 March 2020 | 3:41pm

Pengecualian sewaan 6 bulan semua premis milik Kerajaan Persekutuan

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, Taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.

“Saya juga menggesa supaya kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberikan pengecualian yang sama,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat hari ini.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, Taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain. - Foto hiasan

Berita Harian X