Jumaat, 27 March 2020 | 3:59pm
Kamarulzaman Ayub bersama ahli keluarganya menyaksikan siaran langsung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. - Foto Aswadi Alias
Kamarulzaman Ayub bersama ahli keluarganya menyaksikan siaran langsung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. - Foto Aswadi Alias

PRIHATIN manifestasi kerajaan ambil berat kebajikan, kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah manifestasi kerajaan yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membuat suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar ini.

“Strategi dan langkah yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan kepada keupayaan fiskal semasa dan ketersediaan mudah tunai pasaran kewangan domestik yang mencukupi,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi.

Katanya, hampir semua langkah ini adalah secara ‘one-off’ supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana.

Langkah ini, katanya penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan.

“Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X