Jumaat, 27 March 2020 | 11:21pm
TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan membawa bekalan darah dan spesimen klinikal tambahan ke di Sabah dan Sarawak. - Foto ihsan TUDM
TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan membawa bekalan darah dan spesimen klinikal tambahan ke di Sabah dan Sarawak. - Foto ihsan TUDM

TUDM terbangkan bekalan darah, spesimen klinikal

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, melaksanakan penerbangan membawa bekalan darah dan spesimen klinikal tambahan ke di Sabah dan Sarawak.

TUDM dalam kenyataannya berkata, penerbangan membawa 375 pek darah dan spesimen klinikal itu dibuat menerusi pesawat pengangkut C130H.

Katanya, semua pek darah dan spesimen berkenaan bagi kegunaan hospital di Sabah dan Sarawak dalam usaha memberikan rawatan kepada pesakit.

“Pesawat C130H daripada No 20 Skn berpangkalan di Pangkalan Udara Subang ini dikendalikan juruterbang, Mejar Muhammad Izwan Shah Azman, dibantu pembantu juruterbang, Kapten Shahril Amin bin Dzulkefli dan lima anak kapal berlepas kira-kira jam 11 pagi tadi dari Subang.

“Penerbangan ini memperlihat keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial serta membuktikan kesiapsiagaan untuk mengoperasikan aset pada saat diperlukan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, TUDM akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada kerajaan, termasuklah dalam usaha menangani wabak COVID-19 dan memutuskan rantaian virus itu.

“Semoga semua rakyat turut melaksanakan tanggungjawab individu, terutama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang penguatkuasaan giat dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Berita Harian X