X
Rabu, 1 April 2020 | 9:47pm
Bayaran RM600 secara ‘one off’ kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Bayaran RM600 secara ‘one off’ kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pemandu teksi, pelancong terima RM600, esok

KUALA LUMPUR: Bayaran RM600 secara ‘one off’ kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dikreditkan ke dalam akaun berdaftar mulai esok.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web kementerian, www.treasury.gov.my/, mulai esok.

“Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Katanya, kerajaan prihatin dengan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan wabak COVID-19,” katanya.

Berita Harian X