X
Ahad, 5 April 2020 | 7:18pm
 Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. - Foto NSTP/Azhar Ramli
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. - Foto NSTP/Azhar Ramli

Kerajaan tanggung RM25 juta pengecualian sewa 6 bulan

KUALA LUMPUR: Pengecualian bayaran sewa selama enam bulan untuk bangunan kerajaan tidak termasuk taska menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, dianggarkan membabitkan kos berjumlah RM20 juta.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata bayaran sewa bagi 220 taska terbabit di seluruh negara, pula dianggarkan memberi implikasi kewangan sebanyak RM5.28 juta.

“Kementerian dan agensi di mana penyewa premis milik kerajaan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria dan kedai serbaneka yang beroperasi hendaklah berunding dengan operator masing-masing bagi melaksanakan keputusan ini.

“Inisiatif ini (pengecualian bayaran) akan meringankan beban yang ditanggung oleh pengendali premis yang terkesan akibat ketidakmampuan untuk meneruskan perniagaan.

“Ia susulan pelaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 27 Mac lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria dan kedai serbaneka.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik berkata, ia termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.

Berita Harian X