Selasa, 7 April 2020 | 11:51pm
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA

Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Kesihatan Sedunia

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020 kepada semua wira dan wirawati petugas kesihatan barisan hadapan.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas kesihatan atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam membendung wabak COVID-19.

Seri Paduka berdua bertitah sedemikian melalui hantaran pada akaun Instagram Istana Negara.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. – BERNAMA

Berita Harian X